Sunday, 1 November 2015


CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN




    Pendahuluan
Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa Inggeris berasal daripada bahasa Perancis ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba. Manakala dalam bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya berasal dari perkataan ‘usaha’. Menurut Kamus Dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
Menurut Meredith, Nelson & Neck (1982), usahawan ialah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan. Manakala Sexton dan Bowman-Upton (1991) menjelaskan keusahawanan satu proses mengenal pasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang.
Definisi-definisi yang diberikan oleh para sarjana barat di atas mendapati keusahawanan mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha pembentukan, perubahan dan pembangunan bagi mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengannya. Daripada keterangan di atas dapatlah difahami bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Yang membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk menyatukan jaringan, mengambil risiko secara terbuka, prihatin, berwawasan, kegagalan adalah satu peluang, sikap terbuka, berorientasikan hasil, berorientasikan kumpulan, dan proaktif.

TUGASAN 1
a) 9 CIRI-CIRI USAHAWAN

1. JARINGAN

Jaringan merupakan suatu rangkaian hubungan yang wujud antara usahawan dengan individu atau organisasi dalam persekitaran perniagaannya yang boleh membantu dan melicinkan perjalanan perniagaan. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu individu dan organisasi. Jaringan kategori individu kebiasaannya terjalin melalui orang penting yang dikenali melalui pertalian kekeluargaan atau persahabatan. individu ini mempunyai kelebihan atau kemahiran tertentu yang boleh membantu usahawan merebut peluang atau menyelesaikan masalah. Jaringan kategori organisasi pula terjalin melalui agensi-agensi yang memberi khidmat sokongan perniagaan seseorang usahawan, contohnya pembekal dan MARA.
Antara usahawan yang memiliki jaringan yang baik adalah Dato Aliff Syukri. Walaupun dia ialah salah seorang anak kepada Rozita Ibrahim iaiyu pengasas kepada Sendayu Tinggi, beliau beranggapan ini bukanlah sesuatu tiket untuk dia berjaya dalam bidang perniagaan.Pada setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja samada swasta mahupun kerajaan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik bagi beliau untuk menjual produknya sendiri.
Dato Aliff Syukri membuat percaturan yang salah apabila beliau cuba membuat pinjaman di bank dan malangnya pinjaman yang dimohon ditolak mentah-mentah oleh pegawai bank. Tetapi disebabkan jaringan yang baik di antara beliau dan rakan-rakannya, mereka telah membuat pelaburan kewangan kepada beliau kerana berminat dan yakin dengan kewibawaan beliau untuk membuat satu jenama. Oleh itu, jaringan yang baik dapat memberikan seseorang peluang untuk berjaya.

2. SIKAP TERBUKA

       Sikap terbuka bermaksud mempunyai fikiran yang positif. Usahawan yang berjaya memiliki sikap keterbukaan dan kepercayaan atas apa yang mereka usahakan. Mereka sentiasa menggambarkan kejayaan sebagai langkah pertama untuk terus maju ke hadapan bagi merealisasikan cita-cita mereka. Proses membayangkan kejayaan ini hendaklah di jadikan aktiviti yang berterusan agar aura positif sentiasa memenuhi minda dan diri seseorang individu. Dengan cara ini setiap tangga yang dilalui di dalam proses mengejar kejayaan akan sentiasa bertenaga. 
        Contoh usahawan yang mempunyai sikap terbuka ialah Tan Sri Lim Goh Tong iaitu pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia. Menurut mendiang, jangan berfikiran negatif dalam perniagaan, lakukan sesuatu secara berperingkat walaupun perlahan-lahan asalkan ia tindakan yang tepat. Begitu juga di dalam langkah untuk kita mencari peluang perniagaan baru.
      Masyarakat cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan kerana ia menjanjikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sangat manis. Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas usaha diri sendiri. Mengikut perkiraan masyarakat cina, apabila mereka hidup dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. 




3. KEGAGALAN ADALH SATU PILIHAN

      Kegagalan adalah satu pilihan yang bermaksud seseorang percaya bahawa mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan. Oleh itu, seseorang mengalami kegagalan merupakan satu pilihan sebelum mencapai sesuatu kejayaan. Mereka tidak gentar apabila menghadapi saat-saat kegagalan. Sebaliknya, mereka sentiasa menganggap kegagalan tersebut sebagai kekalahan sementara. Selain itu, usahawan yang mempunyai ciri ini tidak akan mudah putus asa, kecewa dan sedih apabila menghadapi kegagalan. Sepanjang waktu yang sukar ini, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Begitu juga, mereka cepat belajar sendiri daripada sesuatu kesilapan dan menganggap kesilapan ini sebagai pengajaran, supaya tidak mengulangi pada masa hadapan.
         Sebagai contoh, usahawan yang mempunyai ciri kegagalan adalah satu pilihan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Selepas tamat sekolah, beliau membantu bapanya dalam perniagaan lembu perternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Star untuk membeli daging yang tidak terjual. Kemudian, beliau membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Star. 


4. BERORIENTASIKAN KERJA BERPASUKAN

        Berorientasikan kerja berpasukan merujuk kepada pekerja atau ahli yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan yang telah ditetapkan. Ciri ini memainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi sama ada formal atau tidak formal. Tidak mengira berapa hebat seseorang itu dalam organisasi, dia juga memerlukan bantuan daripada orang lain. Secara perbandingan, tugas yang dilakukan oleh pasukan adalah lebih baik daripada tugas yang dilakukan secara bersendirian dari segi kualiti dan kuantiti.
          Sebagai contoh, Tan Sri Azman Hashim merupakan salah satu tokoh usahawan yang berorientasikan kerja berpasukan. Beliau sentiasa menegaskan segala kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada kerja berkumpulan dan bukan dirinya seorang sahaja. Semasa krisis ekonomi Asia 1997, Tan Sri Azman Hashim dan kumpulannya terjebak dengan masalah ini. Tetapi, mereka bersama-sama untuk menghadapi krisis ini dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dan cuba mengurangkan kerugian. 
     Dengan kerja berkumpulan ini, mereka masih mencatat keuntungan, tetapi keuntungan itu berkurangan. Selepas waktu krisis itu, beliau bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan Ambank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaanya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan Ambank.


5. PROAKTIF

       Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, proaktif merupakan satu sikap yang positif dengan merangka atau melakukan sesuatu tindakan yang jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan, iaitu tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku pada individu ataupun institusi. Selain itu, ciri ini juga melibatkan sesuatu perancangan yang teliti dan atur susun supaya matlamat yang diingini dapat dicapai. 
          Sebagai contoh, Tan Sri Tatparanandum Ananda Krishnan merupakan salah satu usahawan yang berjaya dengan mempunyai ciri proaktif dan mengambil tindakan secara proaktif dalam bidang multimedia dan telekomunikasi. Beliau lebih dikenali dengan nama AK. Tan Sri Tatparanandum Ananda Krishnan adalah seorang ahli perniagaan. Usaha pertama yang dijalankan adalah Syarikat Usaha Tegas Sdn. Bhd. 
       Beliau menubuhkan “Exoil Trading” yang membeli penggerudian minyak di pelbagai negara, kemudian masuk ke dalam sektor perjudian di Genting, ladang stud di Australia dan mengendalikan sebuah studio kartun Hollywood. Selepas ini, beliau mula mempelbagaikan apabila beliau memasuki industri multimedia pada tahun 90-an. Ini merupakan satu perniagaan dalam bidang multimedia yang belum diterokai oleh usahawan lain di negara ini. 

6. BERWAWASAN

Menurut kamus dewan berwawasan adalah mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu. Agama Islam berjaya membentuk tamadun yang harmoni dan merdeka.

Tokoh yang boleh diambil sebagai contoh ialah Datuk Loh Boon Siew yang berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.
            Pada sekitar tahun 1980-an, boleh dikatakan 10 buah  motosikal yang berada di jalan raya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew bertanggungjawab untuk membawa masuk motosikal Honda terbabit ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung pada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini.

7. BERORIENTASIKAN HASIL

Berorientasikan hasil bermaksud usahawan hanya memberi fokus kepada sesuatu proses untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasinya. 
Usahawan yang mempunyai ciri seperti berorientasikan hasil adalah Pierre Morad Omidyar. Beliau lahir pada 21 Jun 1967 di Perancis Iran-Amerika. Beliau adalah pengasas dan pengerusi kepada laman web jualan Ebay dari tahun 1998 hingga 2015. Beliau memegangkan visi dengan melayan pelanggan dalam talian dan misinya menjadikan Ebay sebagai laman web yang membolehkan orang ramai membeli-belah dalam talian. (VISI, MISI DAN SASARAN E-bay. 

Pada tahun 1995, ketika beliau berusia 28 tahun, beliau mula menulis kod komputer sebenar untuk laman web. Tujuannya adalah untuk menghubungkan orang yang membeli dalam talian dan orang yang menjual barang-barang dalam talian. Pada masa yang sama, beliau membuat sampel laman web dan memperkenalkan ia sebagai pembekal perkhidmatan dalam talian dinamakan sebagai “Auction Web”. “Auction Web” adalah laman web peribadi yang dicipta oleh beliau pada 4 September 1995. Kemudian, sedikit demi sedikit telah berkembang kepada laman lelongan besar dalam talian yang popular dengan nama "eBay". 

8. PEMERHATI

Pemerhati bermaksud waspada dan beri perhatian terhadap perkara-perkara atau kejadian yang telah berlaku di sekitar kita. Proses pemerhatian ini boleh dilakukan dengan melihat dengan teliti dan membuat catatan terhadap apa yang telah dilihat. Selain itu, pemerhatian juga merupakan satu alternatif yang perlu ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data. Setelah catatan terhadap pemerhatian telah dilakukan, kita boleh  menyimpan rekod tersebut untuk rujukan dan perancangan selanjutnya. 
          Usahawan yang mempunyai ciri pemerhatian adalah Lawrence Edward Page. Lawrence Edward Page juga sering disebut Larry Page dan dilahirkan di Lansing. Larry Page berkenalan dengan seorang teman kuliahnya yang bernama Sergey Brin semasa belajar di Universitas Stanford. Pada mulanya Larry tidak serasi dengan Sergey Brin kerana rasa tidak serasi kerana mempunyai pendapat yang berbeza bagi setiap topik yang dibicarakan. Namun, setelah pemerhatian yang teliti, Larry Page mendapati Sergey Brin mempunyai minat yang sama dengannya iaitu mengenai mesin pencari. 
       Mereka juga sering berdebat tentang mesin-mesin. Oleh itu, Larry Page dan Sergey Brin berusaha untuk menghasilkan sesuatu penyelesaian yang dikatakan dapat menghasilkan sebuah pendekatan yang cukup unik dalam penyelesaian sebuah masalah. Mereka bersama-sama mengembangkan mesin pencari bernama BackRub, yang menggunakan server di kampus mereka. Seterusnya, pada 1997, Larry dan Sergey mengganti nama BackRub menjadi Googol. "Googol" merupakan istilah matematik untuk angka 1 yang diikuti oleh 100 angka nol. Nama ini diambil untuk menjelaskan misi Google sebagai gudang informasi tak terbatas di internet. 

9.MENGAMBIL RISIKO TERBUKA

Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang mempunyai ciri-ciri seperti berani mengambil risiko terbuka. Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo Yeang Keat telah berusaha mengambil pelbagai risiko terbuka dalam memajukan industri pembuatan kasut. Ayahnya juga seorang usahawan yang menjalankan perniagaan membuat kasut. Sebelum menjalankan perniagaan membuat kasut, ayahnya adalah seorang tukang kasut. Dengan ini, Datuk Jimmy Choo telah belajar membuat kasut daripada ayahnya semasa ayahnya bekerja sebagai tukang kasut. 
Datuk Jimmy Choo pada awalnya mengambil pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di sebuah Negara maju yang bernama Kota London. Kota London adalah sebuah kota yang maju yang melahirkan para pereka fesyen yang mahir dan berkaliber dan tidak terkecuali Dato Jimmy Choo. Setelah beliau tamat pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen, beliau telah berusaha sedaya upaya cuba membuka kedai kasutnya. Beliau membuka kedai memjual kasut dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang telah lama ditinggalkan dan tidak digunakan.
Beliau telah mengambil risiko terbuka dengan menyewa bangunan tersebut untuk menjual kasut dan setelah 4 tahun mengharungi cabaran menjual kasut, rekaan beliau telah mendapat liputan dan sambutan daripada orang ramai. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa tempoh 4 tahun yang diambil oleh beliau ini mampu mencipta nama beliau di dalam majalah Vogue iaitu sebuah majalah fesyen yang terkenal di United Kingdom. Oleh itu, nama beliau mulai dikenali ramai dan rekaan kasut beliau hasilkan memdapat sambutan yang menggalakkan.

b) HARSUKHLAL MAGANLAL KAMDAR


Latar Belakang
Harsukhlal Maganlal Kamdar ialah pengasas dan Pengarah Urusan pusat pakaian Kamdar serta Presiden Persatuan Gujarati. Harsukhlal adalah usahawan yang dilahirkan di Gujerat. Beliau tiba di Malaysia pada tahun 1941 selepas menamatkan bidang pengajian di tingkatan lima bagi menyertai ayah dan abangnya dari kampung halamannya di Rajkot. Beliau baru sahaja berumur 14 tahun pada waktu tersebut dan berhijrah ke Malaysia.Pada masa itu, bapanya mahukan beliau meneruskan pelajaran tetapi beliau ingin bekerja. Walaupun kurang mendapat pendidikan formal kerana belajar hanya setakat tingkatan lima, beliau banyak mendapat ilmu daripada sumber-sumber lain seperti pengalaman kerja dan juga pengalamannya sebagai usahawan. 

Ciri-ciri Usahawan Harsukhlal
1. DAYA PEMERHATIAN
   Harsukhlal memulakan perniagaannya dalam bidang import eksport tetapi diberhentikan akibat Perang Dunia Kedua. Selepas itu, beliau sering menunggang basikal 20 hingga 30 batu sehari di sekitar Pulau Pinang bagi melihat dan memerhati bidang perniagaan yang berpotensi. Kemudian beliau telah pergi ke Singapura bagi menyertai perniagaan import eksprot kain, sagu, kekacang, kain guni dan bermacam barang lagi. Beliau telah bekerja dan mencari pengalaman selama tiga tahun di Singapura. 
     Pada tahun 1950, Harsukhlal telah membuka perniagaan yang diberi nama BA Lalaji dan kemudiannya bertukar kepada BH Kamdar & Kamdar. Perniagaannya telah berkembang dan beliau turut membuka kedai di Kuala Lumpur. Melalui pemerhatian yang dilakukan beliau berpendapat Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan yang berpotensi untuk menjalankan perniagaan dalam jangka masa panjang.  Ekoran itu, Harsukhlal telah meninjau peluang untuk membuka cawangan yang lain di Kuala Lumpur dan pada tahun 1980-an, beliau membuka sebuah kedai Kamdar di Jalan Chow Kit dan di Globe Silk Store.     

2. BERPANDANGAN JAUH/BERWAWASAN
   Harsukhlal Maganlal Kamdar merupakan antara usahawan yg mempunyai pandangan jauh terhadap apa yang beliau lakukan. Apabila perniagaan Kamdar terus berkembang pesat dan beliau terus membuka cawangan kedai di bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan enam buah kedai di Kuala Lumpur, yang mana empat adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kamdar kini mempunyai 18 buah kedai dengan 1,000 orang pekerja. Harsukhlal juga bercadang mengembangkan lagi perniagaannya hingga ke Sabah dan Sarawak. 
     Walaupun melalui banyak kemelesetan ekonomi, Kamdar masih kekal sebagai pasar raya tempatan yang berdaya saing. Pada hari ini, pasar raya Kamdar menawarkan pelbagai jenis tekstil dan fabrik pada harga yang berpatutan. Kamdar memperoleh kainnya daripada sumber tempatan dan juga melalui pejabat operasinya di luar negara seperti di India, Indonesia, Korea dan Emiriyah Arab Bersatu.

3. KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN
    Kegawatan ekonomi pada tahun 1977 menyebabkan perniagaan di jalan TAR terpaksa ditutup. Ruang perniagaan tersebut telah disewa kepada orang lain. Pada mulanya Harsukhlal tidak bersetuju dengan tindakan itu.  Namun, disebabkan perniagaan ini turut diuruskan oleh adik beradik yang lain,beliau terpaksa akur dengan keputusan tersebut.  Beliau berpendapat Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan yang berpotensi untuk menjalankan perniagaan dalam jangka masa panjang. Ekoran dari itu,Harsukhlal telah meninjau peluang untuk membuka cawangan yang lain di Kuala Lumpur dan pada tahun  1980-an, beliau membuka sebuah kedai kamdar di chow kit di sebelah pasar raya batu road,dan sebuah lagi di globe silk store. 
     Perniagaan kamdar terus berkembang pesat dan mereka membuka cawangan di Bandar-bandar utama di Malaysia.kamdar memperolehi kainnya dari sumber tempatan dan juga melalui pejabat operasinya di luar Negara seperti india, Indonesia, korea, dan ermiriyah arab bersatu. Rahsia kejayaan kamdar ialah memjadikan kerjanya sebagai hobi dan minat dan tidak takut untuk membuat kesalahan dan sentiasa belajar dari kesilapan.kini kamdar memjadi pilihan rakyat Malaysia dan digemari rakyat Malaysia.

4. BERANI AMBIL RISIKO
       Selepas membuka kedai di Ipoh dan Pulau Pinang, Kamdar terus berkembang ke Kuala Lumpur. Kedai itu dibuka pada tahun 1973 di No. 431-433, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Namun,empat tahun selepas dibuka, iaitu pada tahun 1977, kedai itu ditutup dan lot rumah kedai yang kosong itu disewakan kepada orang lain. Harsukhlal tidak bersetuju dengan keputusan abang-abangnya dan berpendapat pendapatan yang dijana daripada penyewaan lot kedai itu tidak berbaloi. 
    Malangnya, nasihatnya tidak dihiraukan. Harsukhlal kemudiannya mengambil risiko dengan membuat keputusan pergi sendiri ke Kuala Lumpur pada tahun 1977 dan cuba memperbaiki keadaan. Pada tahun 1980, beliau membuka kedai di Jalan Chow Kit, iaitu pasar raya 6 tingkat di sebelah pasar raya Batu Road. Kemudian, sebuah lagi dibuka di sebelah Globe Silk Store.

5. PROAKTIF
      Harsukhlal proaktif kerana sentiasa berusaha menambahkan kepelbagaian produk yang dijaul supaya setiap kehendak pelanggan dapat dipenuhi. Beliau dan ahli keluarganya juga sentiasa memastikan segala komitmen kepada pihak bank dipenuhi tepat pada masanya. Contohnya, mereka memastikan segala hutang dijelaskan dengan sepenuhnya dan menepati tempoh yang ditetapkan. Tidak lupa juga pihak pembekal yang harus dibayar tepat pada masanya. Kamdar juga memastikan sewa kedai, iaitu apabila mereka menyewa ruang niaga di pusat membeli belah, bayaran sewa hendaklah dibayar mengikut masa ditetapkan. 

      Kejayaan Kamdar juga adalah kerana syarikat itu mempunyai beberapa peraturan. Pertama, pengarah syarikat tidak dibenarkan mengambil overdraf daripada pihak syarikat. Kedua, syarikat tidak dibenarkan menjadi penjamin kepada orang perseorangan. Ketiga, syarikat tidak boleh terlalu aktif dalam pasaran saham. Keempat, wang syarikat tidak boleh dilaburkan dalam sektor hartanah bagi mendapatkan pendapatan sewa dan juga peningkatan dalam harga.

     KESIMPULAN

     Keusahawanan adalah penting bagi sesebuah negara kerana ia merupakan pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Pengeluaran pelbagai jenis produk dan servis dapat meningkatkan pendapatan dan menambahkan banyak peluang pekerjaan. Inovasi adalah satu kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti  pembaharuan juga menjadi pendorong pelabur-pelabur untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta.
       
       Keusahawanan akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran. Melalui keusahawanan, pengguna dapat produk dan perkhidmatan yang lebih baik dan bermutu. Aktiviti ini dapat memenuhi kehendak manusia di samping menggunakan sumber dengan maksimum dan mengurangkan pembaziran.


             Ramai tokoh-tokoh yang berjaya boleh dijadikan sumber inspirasi untuk berjaya seperti mereka dengan mengkaji apa yang mereka telah lakukan. Sesungguhnya, untuk menjadi orang yang berjaya memerlukan pelbagai ciri sebagai usahawan yang perlu ada di dalam diri.